Malaysia merupakan sebuah negara bertuah, yang menjadi kebanggaan bersama. Lintasan sejarah global menunjukkan betapa pentingnya ‘Malaysia’ dalam pemposisian strategik peradaban dunia. Dari sudut sumber daya bumi, lokasinya yang strategik - di tengah-tengah laluan perdagangan Timur-Barat; kekayaan sumber mineral dan galian kesuburan tanah tanihnya, kepelbagaian diversiti yang kaya; kenyamanan iklim khatulistiwa; kekecualian daripada lingkaran api pasifik; dan kestabilan
daripada gegak gempa menjadikannya salah satu daripada lokasi paling diidamkan di bumi ini.
Manakala dari aspek sumber daya manusianya, keramahan warganya dengan pegangan nilai keTimuran yang terpasak dalam budaya penghidupan bangsa adalah ciri kelompok manusia paling layak dan sesuai mendiami bumi paling bertuah ini. Adunan ini yang membentuk ketamadunan rantau ini dengan ditandai ciri khasnya, kosmopolitanisme.
Dalam kesedaran ini, inisiatif penyegaran gagasan Bangsa Malaysia diwujudkan. Ia merupakan suatu usaha berterusan secara bersama untuk mengukuhkan kohesi sosial dan menjayakan wawasan perpaduan nasional.
Semua usaha ke arah menciptakan sebuah bangsa bermaruah yang bersatu padu, ikhlas dalam penghidupan, hidup bersama dalam budaya damai dan utuh dalam menegakkan prinsip keadilan dan kebenaran, wajar didukung oleh semua warga.
Ayuh #BangsaMalaysia! Hidup bersama dalam budaya damai!
Bangsa Malaysia adalah suatu gagasan yang mengajak semua warga negara Malaysia tanpa mengira latar belakang keturunan, kaum, dan anutan agama untuk bersatu padu dalam semangat muhibah dan kasih sayang.
Bangsa Malaysia adalah identiti kita semua rakyat Malaysia yang hidup bersama dalam suasana damai.
Jika ada masalah antara pelbagai kaum yang berbeza, kita selesaikan dengan cara yang terbaik, macam keluarga. Sesama ahli keluarga pun ada berlaku masalah kan?
Tetapi penyelesaian cara terbaik dan ikhlas, demi kepentingan bersama. Bangsa Malaysia adalah keluarga kita semua!
Bangsa-bangsa yang disebutkan itu adalah kumpulan etnik berasaskan ras dan kaum keturunan. Istilah yang lebih tepat mungkin etnik atau kaum. Apa pun, menjelmakan Bangsa Malaysia tidak bermaksud melunturkan identiti mana-mana kaum atau etnik, malah Bangsa Malaysia memperkaya identiti kita semua.
Manfaatkan yang terbaik! Paling penting, Bangsa Malaysia wujud atas sebab nilai-nilai bersama yang kita percaya dan sepakati. Bangsa Malaysia percaya dan berpegang dengan nilai kasih sayang, tolong menolong, kita jaga kita.
Bangsa Malaysia adalah bangsa yang kuat berusaha, bermaruah dan benci rasuah! Bangsa Malaysia adalah bangsa yang cintakan alam dan peduli kepada persekitaran!
Ciri-ciri lain Bangsa Malaysia adalah ia menjadi suatu gerakan rakyat yang bersama-sama mencari penyelesaian kepada masalah semua warga tanpa mengira latar belakang.
Bangsa Malaysia tidak mudah termakan sentimen perkauman dan keagamaan, sentiasa rasional dan ikhlas dalam menjalin perhubungan persahabatan.
Inisiatif menjelmakan Bangsa Malaysia mesti disedari dan kesedaran menjayakannya mestilah mengakar kepada seluruh lapisan masyarakat.
Untuk maklumat lanjut, layari Laman Web Hab Informasi Digital, Info Bangsa Malaysia: www.bangsamalaysia.info. Boleh juga buat carian Info Bangsa Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter,Tiktok dan Youtube, cari INFO BANGSA MALAYSIA.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ipsum eget libero elementum amet ultricies ut hac ultrices ullamcorper. Enim nullam eu libero accumsan, nisl amet. Diam tristique nulla libero, massa malesuada neque.
Sertai